Saturday, September 25, 2010
7:29 AM
Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan . Ia mempunyai bau yang kuat . Belacan juga merupakan salah satu bahan bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk lumat dengan menggunakan lesung tangan.
Cencalok
Masyarakat Melayu memang terkenal dengan pelbagai makanan tradisionalnya, yang memang cukup popular, bukan sahaja di tempat asalnya . Salah satu makanan yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu ialah cencalok. Cencalok ialah sejenis lauk dalam hidangan makanan nasi. Cencaluk dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau. Udang geragau akan dicampurkan dengan air dan akan dicampurkan dengan sedikit nasi.
Gula Melaka
Gula Melaka diperbuat daripada air nira kelapa. Kemanisan dan kehalusan Gula Melaka ini berbeza dengan gula tiruan yang berada di pasaran kini.Proses membuat Gula Melaka bukanlah satu pekerjaan yang mudah . Seseorag yang pakar dalam membuat Gula Melaka dapat mengenal pasti kelapa yang dapat menghasilkan air nira yang baik. Ini penting bagi mendapatkan Gula Melaka yang bermutu tinggi.
Farhan Supian