Friday, September 24, 2010
8:36 PM
Alat Muzik tradisional melayu yang masih termasyur hingga kini ialah Kompang . Alat ini telah diperkenalkan pada pertama kalinya oleh pedagang Arab yang datang ke Nusantara untuk tujuan berniaga . Selalunya , Kompang dimainkan di majlis perkahwinan untuk menandakan ketibaan pengantin . Pada masa kini , penggunaannya diperluas di sekolah atau institusi pengajian tinggi sebagai kegiatan korikulum , ketika menyambut ketibaan tetamu terhormat dan juga sebagia hiburan dan rekreasi sahaja . Komapang berbentuk bulat dan dibuat daripada kayu yang kuat juga berkualiti . Kayu yang bulat ini dikenali sebagai badan kompang . Penggunaan kayu yang kuat memastikan badan kompang tidak pecah atau retak dengan mudah apabila terjatuh . Kulit kambing betina pula digunakan untuk menutupi badan Kompang dan disitulah dimana kita memalukan Kompang tersebut . Permukaan Kompang yang terbuka dikenali sebagai mulut Kompang . KOmpang terdiri daripada pelbagai ukuran-ukuran yang berlainan dan akan menghasilkan bunyi yang berbeza-beza dan bunyinya sungguh menakjubkan . Kompang dimainkan secara berkumpulan dalam keadaan duduk , berdiri atau berjalan dan kadang kala ketuanya akan menyanyi mengikut rentak yang dimainkan .
Kompang dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan ; sebelah tangan memegang kompang , yang sebelah lagi memalu kompang . Paluan Kompang yang mengikut irama akan mecerahkan lagi suasana di sebuah majlis dan juga menghiburkan hati tetamu yang hadir supaya tidak berasa bosan .
Farhan Supian