Friday, September 24, 2010
8:37 PM
Potongan Teluk Blangah lebih termasyur di selatan Malaysia . Di bahagian lehernya , hanya dijahit secara sulaman seperti mata lalat ataupun tulang belut . Pada abad ke-19 , baju tersebut diperkenalkan di Teluk Blangah , Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johor . Ia sejenis pakaian lelaki yang direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 .
Potongan Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia . Ia seperti leher baju India , hanya bahagian penutup atau rmjah butangnya bertindan . Baju ini dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.
Baju Kurung pula populkar , dipakai lelaki dan perempuan . Pada baju lelaki , terdapat 3 kocek dan padfa baju perempuan pula hanya ada satu kocek . Baju ini membawa erti 'mengurung atau menutup' anggota tubuh . Ia adalah pakaian cara Islam . Ia juga selesa ,longgar ,labuh dfan panjang.
Baju yang terakhir ialah baju Jahitan Baju Melayu . Ia dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan modewn atau dipanggil potongan Cina dan lengan baju disambunbgkan kepada badan baju !
Farhan Supian